Wednesday, 4 June 2014

Pembunuhan Kollateral- Wikileaks-IrAQ




·         Mengikut Artikel 5, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah atau hukuman. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah bahawa serangan tentera Amerika Syarikat yang membunuh rakyat Iraq secara membuta tuli adalah sesuatu yang kejam dan perlu dikutuk sekeras- kerasnya.  Keadaan ini mengambarkan nyawa manusia hanya bernilai sebutir peluru sahaja.  Setiap manusia mempunyai hak untuk terus hidup, tindakan pihak Amerika Syarikat ini ibarat menafikan hak mereka 
  •        Serangan yang dilancarkan terhadap orang awam, kanak-kanak dan mangsa yang tercedera telah melanggar salah satu isi yang terdapat dalam perjanjian ke-4 konvensyen Geneva iaitu mereka yang cedera, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah di asingkan dari kawasan pertempuran. Tindakan pihak Amerika Syarikat yang membunuh secara membuta tuli tanpa belas kasihan terhadap golongan yang dikategorikan perlu perlindungan seperti kanak kanak menunjukkan bahawa betapa rakusnya sifat kemanusiaan dalam diri mereka.

    ·         Apa yang menjadi persoalan disini ialah mengapakah berita ini hanya sampai di telinga masyarakat dunia begitu lambat? Sekiranya video ini tidak dibocorkan? Masyarakat dunia masih dengan persepsi yang salah bahawa keadaan di Iraq hanyalah pencerobohan biasa sahaja . Kebebasan media dirampas dalam keadaan ini. Penguasaan dan kawalan kuku besi dalam media telah memberi kebebasan  kepada tangan- tangan besar di dunia bermaharajalela tanpa mengira hak manusia seseorang.  Setiap orang ada hak untuk mendapatkan maklumat, pada masa yang sama maklumat itu mestilah maklumat yang benar dan bukan maklumat palsu yang mengaburi mata kita.

    ·         Persoalan disini ialah adakah video ini akan menjadi pengajaran atau kesedaran kepada masyarakat dunia untuk mempertahankan hak mereka yang teraniya ataupun ia menjadi sia –sia seperti mencurah air ke daun keladi? Kita hanya boleh tunggu dan lihat .Sejarah dan masa adalah jawapannya

"Palestine Will Be Free"






Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free [x2]

[35s instrumental break]

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt that 
Palestine tomorrow will be free [x2]

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Takin away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life??
And all those other lies???
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
Ooooooh ... Yeaaah
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
Cuz no matter what they do
They can never hurt you
Cuz your soul will always be FREE

Palestine tomorrow will be free [x2]

Lagu ini menerangkan bahawa ibarat hak manusia telah mati. Kononnya negara barat yang menjadi pejuang hak kemanusiaan dunia berlaku double standard dalam isu Palestine dengan mendiamkan diri hanya untuk menjaga kepentingan Israel. Lagu ini adalah menunjukkan satu harapan bahawa Palestine akan bebas suatu hari. Sama2lah kita harapkan perkara yang sama. 
Amin.

Monday, 24 December 2012

Selawat Pada Hari Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Bersin


Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).”
 (HR al-Bukhari)

Ilmu


Sakit


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :


1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


Wednesday, 19 December 2012

Ketika Kiamat Tiba

 Adakah Kiamat berlaku pada esok? Allahualam.