Monday, 24 December 2012

Selawat Pada Hari Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Bersin


Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).”
 (HR al-Bukhari)

Ilmu


Sakit


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :


1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


Saturday, 8 December 2012

Doa Selepas Solat


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



Makmum Masbuk Solat Jumaat


Samsung Galaxy Note 2


Allah Sentiasa Melihat Kita

Wahai manusiaa ingatlah bahawa Tuhan sentiasa melihat kamu.


Jenis2 Nafsu.

                                                       Katogeri nafsu di dalam manusia


Panggilan Kecemasan

Nombor Kecemasan Untuk Anda

Palestine Will Be Free

Hayati lagu Maher Zain tentang palestine





Hukum Tidur Selepas Asar


Doa Untuk Palestine

Sama-samalah kita doakan untuk umat Islam yang berada dalam kesusahan.

Friday, 26 October 2012

Mekah sebagai Pusat Bumi dan Sains


Kedudukan tanah suci umat Islam, iaitu MEKAH didakwa sebagai pusat bumi dan bukannnya LONDON untuk menentukan waktu dunia. Mungkin dengan video ini, kita boleh merasakan dakwaan itu adalah benar. Ini merupakan bukti saintifk tentang Mekah, dan bukannya dakwaan yang tanpa asas.
Moga kita dapat beramal dengan apa yang disampaikan.




Wednesday, 10 October 2012

Maksud Bacaan Duduk Antara Dua Sujud.










iPhone 5 vs Samsung Galaxy SIII Spec


                 iPhone 5 vs Samsung Galaxy SIII




Maksud Doa Iftitah




Salah satu cara  khusyuk dalam solat ialah dengan memahami kandungan  bacaan dalam solat. Oleh itu, kita perlu cuba untuk memahaminya untuk mencapai kemanisan dalam beribadat.


Maksud doa iftitah